Tuesday 30 May 2017

Bab 6 komen dan cadangan

KESIMPULAN MENGENAI JABATAN HOUSEKEEPING

Komen dan cadangan


Komen

Dalam sepanjang tempoh pembelajaran saya selama setahun dan empat bulan, iaitu bermula dari 01 April 2016 hingga lah 31 Jun 2017 saya telah mempelajari banyak faedah berbanding keburukan oleh itu pembelajaran di Eistedfod Institut adalah sangat bagus bagi para remaja yang ingin mencuba untuk berdikari dan untuk merasa dunia pekerjaan.

Secara keseluruhan,latihan-latihan yang kami diberikan sebenarnya banyak memberi faedah dari keburukannya kerana latihan tersebut mampu membina keyakinan diri kepada saya apabila bergaul dengan orang yang tidak dikenali dan membuatkan diri saya menjadi seorang yang berdisiplin serta seorang yang tertib dalam melakukan sesuatu perkara.


Cadangan

Pihak housekeeping hendak lah lebih terperinci dan tepat dalam menyampaikan ilmu.
Menaik tarafkan dan menambah baik alatan pembersihan housekeeping.

Membagi masa untuk ruang pertanyaan di antara para coach dan perantis.

Rujukan

Buku

1 Hakim Bin Abu kassim (Laporan akhir bekas perantis housekeeping)
2 Miss Siti Hanifah Binti Tanalol (Nota-nota housekeeping)
Orang sumber

1 Hakim Bin Abu kassim
2 Cik Sharifah norsakinah Binti Kamran
3 Miss Siti Hanifah Binti Tanalol


LAMPIRAN







Bab 5 Hubungan antara jabatan

Front office

Hubungan antara  Department housekeeping dengan Department front office, adalah sangat penting dimana Department front office akan memaklumkan sebarang maklumat baru mengenai status bilik hotel seperti check in dan check out.

Front office akan menyediakan night audit report tentang senarai tetamu yang akan datang untuk menginap pada keesokan harinya dan akan  memberikan maklumat kepada jabatan housekeeping bagi memudahkan mereka membuat persediaan bilik dan juga menerima sekiranya terdapat permintaan daripada tetamu yang datang menginap.


Sekiranya terdapat barangan tetamu yang tertinggal, tetamu tersebut akan menghubungi pihak front office untuk membuat pertannyaan mengenai barangan tersebut. Selepas itu, pihak housekeeping sekirannya ada menjumpai barangan tetamu yang tertinggal semasa proses pembersihan bilik.


Maintenance
Hubungan antara jabatan housekeeping dengan jabatan maintenance juga sangat penting kerana jika berlaku kerosakan terhadap bilik hotel pihak jabatan maintenance akan bertanggungjawab untuk membuat pembaikan terhadap bilik tersebut.

Sebelum pihak jabatan maintenance membuat pembaikan terhadap masalah kerosakan, pihak jabatan maintenance akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengenai kerosakan tersebut dan memaklumkan kepada pihak jabatan housekeeping berapa jangka lama untuk dibaiki.

Pihak jabatan maintenance juga bertanggungjawab dalam hal menjaga harta bendayang ada didalam hotel tersebut, kerana segala masalah kerosakan juga boleh melibatkan ekonomi penjualan bilik hotel tersebut terjejas.


Bab 4 Kawasan ruang awam

Kawasan ruang awam

Kawasan ruangan awam hotel adalah tempat pertama yang akan di pandang oleh tetamu yang datang menginap, oleh itu kebersihan ruangan awam adalah tanggungjawab department housekeeping.

Kebersihan kawasan ruangan awam bukan saja dapat memberikan keselesaan dan kepuasan hati tetamu tetapi juga dapat mencerminkan hotel yang mengutamakan kebersihan.


Antara kawasan ruang awam yang sering dibersihkan oleh public area attandent yang bertugas ialah :






Bab 3 Pembersihan bilik air

Pembersihan bilik air
Membersihkan tandas dengan mencuci lubang tandas, hilangkan kesan-kesan kuning yang terdapat dengan pemberus tandas dan bahan chemical R1.

Membersihkan shower dan alat-alat chrome yang lain dengan kain lap yang bersih untuk menghilangkan kesan-kesan air yang ada. Perbuatan tersebut dapat membuatkan segala peralatan chrome berkilat.

Bersihkan rerambut yang terdapat pada drainage hole, rerambut tersebut hendaklah dibersihkan menggunakan sarung tangan.

Ketika membersihkan tandas,room attandent hendaklah menggunakan sarung tangan, kasut kalis licin dan topeng muka hal ini kerana tandas merupakan tempat pembiakan utama bakteria.

Mengelap keseluruhan permukaan cermin menggunakan kain lap kering dan bahan pembersih R3 agar kotoran degil mudah di tanggalkan.

Pastikan juga kawasan sinki di bersihkan jika terdapat kesan kotoran atau pun kesan basah dengan kain lap bersih.

Meletakkan aminitis pada bahagian sinki.

Menggantikan towel dan bath mat yang kotor dengan yang bersih, letakkan di tempat yang telah disediakan.




Bab 3 Bed making


Prosedur pembersihan bilik / Bed making.

°   Sebagai seorang Room Attandent yang ditugaskan untuk membuat pembersihan bilik perlulah memahami dan mengikuti prosedur yang telah ditetap kan oleh pihak hotel untuk mengelakkan sebarang aduan daripada tetamu mengenai bilik tersebut.
°    Sebelum pembersihan bilik dilakukan perkara pertama yang akan dilakukan adalah “bed making”, di bawah adalah antara langkah-langkah “bed making” :
  • Queen size bed memerluka tiga lapisan bedsheet yang bersaiz besar.
  • Sebelum menggunakan linen, hendak lah dipastikan bahawa linen tersebut berada dalam keadaan yang bersih. Hal ini kerana, kita tidak ingin tetamu yang menginapke hotel berasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan bed.
  • Bed sheet pertama dibentangkan ke atas tilam dengan keadaan yang betul, bed sheet tersebut hendaklah melimpasi bibir katil agar dapat dimasukkan ke bawah tilam dan atas katil.
  • Seterusnya, buat lipatan envelop pada tepi katil dalam keadaan yang kemas. Lapisan bedsheet pertama merupakan lapisan yang dapatdilihat oleh tetamu oleh itu hendaklah dikemaskan dengan sebaik mungkin.
  • Lapisan bedsheet kedua dibentang kan di atas lapisan bedsheet pertama dan ditarik hingga separas dengan bibir tilam. Lapisan kedua ini tidak memerluka lipatan envelop seperti lipatan pertama.
  • Lapisan bedsheet ketiga diletak kan di atas blanket, sama seperti bedsheet sebelumnya bedsheet ini hendaklah dirata kan.
  • Bed sheet hendaklah berada sejengkal dari bibir katil seperti keadaan blanket. Oleh itu bed sheet hendaklah disama rata kan dengan blanket.
  • Pastikan bedsheet melimpasi tilam agar memudahkan room attandent mengetatkan bedsheet.
  • Queen size bed menggunakan blanket bersaiz L, blanket hendak lah sejengkal daripada  bibir katil dan berada di atas lapisan bedsheet  kedua.
  • Lipat bedsheet kedua, blanket dan bedsheet ketiga bersama-sama dengan dua kali lipatan. Pastikan lipatan tersebut berada dua jengkal dari bibir katil.
  • kemas kan lipatan tersebut lalu,pada bahagian tepi hendaklah dimasukkan ke bawah tilam. Pastikan lipatan tersebut dimasukkan berada dalam keadaan yang ketat, untuk mendapatkan bed yang kencang bermula dari bahagian ini.
  • Setelah itu, bedsheet berlebihan pada hujung katil akan dimasukkan ke bawah tilam.
  • Teknik yang terdapat dalam gambar merupakan teknik yang digunakan untuk mengetatkan linen, Ketika memasukkan linen-linen tersebut pastikan skirting katil tersebut tidak terikut sekali.



Pembersihan bilik
  •  Setelah selesai mengemas katil operasi pembersihan bilik akan bermula.
  • Membersihkan bilik hendaklah mengikut arah jam ataupun melawan arah jam, kaedah ini hendaklah diamalkan untuk mengelakkan room attandent terlepas pandang pada beberapa bahagian.
  • Sebelum memulakan pembersihan room attandent hendaklah memakai Mask dan hand glove bagi mematuhi syarat-syarat pembersihan bilik dan untuk mengelakkan dari terdedah dengan sebarang penyakit.
  • Dengan menggunakan kain lap lembap room attandent hendaklah membersihkan setiap perabot dan hiasan yang terdapat dalam bilik tersebut.
  • Menggantikan plastik tong sampah dengan plastic yang baru, ikat sedikit pada tepi plastic sampah agar plastic tersebut ketat.
  • Seterusnya, menyapu keseluruhan lantai bilik dari hujung ke hujung dan menyapu setiap sudut yang ada.
  • Tidak juga dilupakan pada bahagian bawah perabot, meja dan bawah katil kerana pada bahagian tersebut merupakan bahagian yang tidak terlihat sekaligus dapat memastikan tiada barang tetamu yang tertinggal.
  • Setelah memastika kesemua kelengkapan telah berada ditempatnya aktiviti memop akan dilakukan.
  • Memop keseluruhan lantai bermula daripada hujung bilik hingga ke hujung pintu, setelah itu spray R5 pada ruang udara sebagai pewangi.

Bab 3 Jenis Pembersihan

Jenis pembersihan.
  • Room Attandent yang ditugaskan dalam membersihkan bilik perlu tahu jenis-jenis pembersihan yang akan mereka lakukan pada suatu bilik tersebut.
  • Terdapat tiga jenis pembersihan yang sering dilakukan oleh room attandent antaranya ialah 
°         DAILY CLEANING

-       Daily cleaning adalah proses pembersihan yang dilakukan secara harian selepas tetamu yang menginap check out.

°         GENERAL CLEANING

-       General cleaning biasanya akan dilakukan sekiranya pada hari tersebut kurang  tetamu yang menginap dihotel. Proses pembersihan ini jarang-jarang dilakukan kerana proses pembersihan ini adalah secara menyeluruh.

°         RUSH CLEANING



-Rush cleaning adalah proses pembersihan yang cepat, proses pembersihan ini sering dilakukan apabila hotel mempunyai high occupancy dan banyak expected arrival.

Bab 3 Kelengkapan keperluan bilik

Kelengkapan keperluan bilik.

  • Department housekeeping bukan sahaja membersihkan bilik malahan mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan kesemua Guest supplie dalam bilik hotel mencukupi.
  • Guest supplies atau lebih dikenali sebagai guest room amenities dan facilities yang membawa maksud kelengkapan ataupun peralatan yang disediakan di dalam bilik hotel. Setiap hotel mempunyai perbezaan dari segi kuantiti dan kualiti bergantung kepada hotel standard practice.
  • Seperti Borneo Cove Hotel, kami Cuma menyediakan berberapa kelengkapan, namun sekiranya tetamu ingin membuat permintaan penambahan keperluan bilik pihak jabatan housekeeping akan menghantar permintaan tersebut secepat yang mungkin dan akan memaklumkan kepada jabatan front office untuk mengenakan bayaran tambahan jika perlu.
  • Antara kelengkapannya adalah :
CONTOH AMINITIS

Bab 3 Penyediaan troli/bilik

PENYEDIAAN BILIK

Penyediaan troli

-Sebelum memulakan apa-apa aktiviti pembersihan mereka akan menyediakan troliterlebih dahulu, troli ini disediakan untuk kemudahan department housekeeping bagi memudahkan room attandent atau public area attandent membawa kesemua peralatan pembersihan yang akan digunakan.

-Sebelum menggunakan troli tersebut hendaklah dipastikan troli tersebut berada dalam keadaan yang baik , dalam keadaan yang baik disini bermaksud  adalah troli tersebut tiada sebarang kerosakan seperti kehilangan satu tayar, tempat penyangkut penyapu patah dan selainnya.

-Terdapat tiga jenis troli yang sering digunakan dalam operasi harian oleh room attandent dan public area attandent , antaranya adalah public area trolley, chambermaid trolley, dan carts.

-Public area trolley bukan sahaja digunakan oleh public area malahan digunakan juga oleh room attandent untuk mengangkut peraltan pembersihan mereka. Troli ini hendaklah disediakan lebih banyak berbanding troli lain. Selain itu, troli ini mampu membawa penyapu, mop, blade, pengetip sampah, carry caddy dan selainnya.

-Chambermaid trolley pula sering kali digunakan oleh room attandent untuk mengangkut line-linen bersih. Chambermaid mempunya beberapan bahagian, pada bahagian atas linen yang diletakkan hendaklah linen yang ringan seperti tuala dan bath mat. Pada bahagian bawah sekali pula disarankan meletak linen yang berat seperti bedsheet dan pillow case.
Carts pula sering digunakan untuk mengangkut line-linen kotor dari bilik untuk dihantarkan ke laundry.

-Perkara diatas adalah peralatan yang harus disediakan sebelum bergerak ke bilik.



     PUBLIC AREA TROLLEY
    CHAMBERMAID TROLLEY


    CART

    Bab 2 status bilik

    JENIS-JENIS ROOM STATUS

    Setiap hotel mempunyai jenis-jenis room status yang sering digunakan untuk mengklasifikasikan suatu bilik, begitu juga keadaanya di Borneo Cove Hotel.

    Selain itu, setiap Room attandent yang bertugas hendaklah mengetahui short form status bilik yang sering digunakan dalam worksheet bagi memudahkan kerja mereka untuk mengetahui keadaan suatu bilik tersebut.

    Room status
    Huraian
    OC
    (OCCUPIED CLEAN)
    Bilik tersebut bersih dan berpenghuni ataupun bilik tersebut telah dibersihkan (make up room)
    OD
     (OCCUPIED DIRTY)
    Bilik tersebut berpenghuni lebih dari satu hari dan belum dibersihkan.
    VC
    (VACANT CLEAN)
    Bilik tersebut tidak berpenghuni dan bersih.
    VCI
    (VACANTCLEAN INSPECTED)
    Bilik yang bersih dan telah diperiksa oleh supervisor atau executive housekeeper.

    C/I
     (CHECK OUT)
    Bilik tersebut mempunyai tetamu yang baru   daftar masuk
    C/O
     (CHECK OUT)
    Bilik tersebut kosong dan perlu dikemaskan   kerana tetamunya telah mendaftar keluar.


    SO
     (SLEEP OUT)
    Bilik tersebut ada tetamu yang mendaftar masuk namun disebabkan berberapa perkara tetamu tersebut tidur di luar hotel.
    DND
    ( DO NOT DISTURB)
    Bermaksud tetamu yang mendaftar masuk tidak ingin diganggu.
    OOO
     (OUT OF ORDER)
    Bilik tersebut ada kerosakan jangka masa panjang dan tidak boleh dijual.
    OOS
    (OUT OF SERVICE)
    Bilik tersebut mempunyai kerosakan jangka   masa pendek dan tidak boleh dijual.

    Bab 2 Klasifikasi alatan pembersihan

    KLASIFIKASI PERALATAN PEMBERSIHAN
    • Peralatan-peralatan pembersihan merupakan peralatan yang amat diperlukan dalam aktiviti harian housekeeping, peralatan ini memudahkan room attandent melakukan pekerjaan dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan suatu pekerjaan berbanding dengan hanya menggunakan tangan kosong.
    • Sebelum melakukan suatu pekerjaan, room attandent mahupun public area attandent akan menyediakan peralatan pembersihan sebelum melakukan pekerjaan dan mereka juga hendaklah memastikan peralatanyang mereka gunakan itu dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan sebarang kemalangan pada masa akan datang.
    • Para chambermaid hendaklah mengambil tahu mengenai cara yang sebetulnya untukmenggunakan suatu peralatan pembersihan kerana ini juga merupakan salah satu langkah keselamatan yang boleh mengelakkan sebarang malapetaka.
    • Peralatan-peralatan yang sering digunakan di hotel ini adalah :

    ·         Penyapu
    Ø  Untuk memudahkan para attandent mengumpul segala debu dan sampah di suatu tempat.

    ·         Jonny mop
    Ø  Sering digunakan selepas selesai menyapu dan digunakan untuk membersihkan kesan-kesan tumpahan.

    ·         Penyodok sampah
    Ø  Digunakan untuk memudahkan kerja staff housekeeping, mereka tidak perlu menyentuh secara langsung sampah tersebut namun mereka boleh menggunakan peralatan ini dan sampah tersebut dapat dibuang kedalam tong sampah.

    ·         Berus tandas
    Ø  Alat pembersih ini digunakan untuk membersihkan lubang tandas.

    ·         Window squeegee
    Ø  Alat ini digunakan untuk membersihkan permukaan-permukaan kaca sepertinya pintu kaca ataupun glass wall.

    ·         Plastik sampah
    Ø  Digunakan sebagai tempat mengumpul sampah.

    Bab 2 Panduan pembersihan

    PANDUAN KEBERSIHAN


    •  Panduan kebersihan dalam hotel amat lah penting untuk mengelakkan para pekerja housekeeping mendapat sebarang penyakit kerana pekerjaan sebagai housekeeping merupakan antara pekerjaan yang berhadapan dengan kekotoran.
    • Seorang eksekutif bertanggungjawab dalam memberikan penerangan mengenai penggunaan bahan chemical dalam tugasan harian, ini untuk mengelakkan pembaziraan dan penyalahgunaan bahan tersebut.
    • Chambermaid yang bersih dan yang menjaga kebersihan mampu menghasilkan serta mengekalkan kebersihan kawasan hotel sekaligus membagi keselesaan kepada orang ramai.


    BAHAN PEMBERSIH
    FUNGSI
    R1
    ( TOILET CLEANER)
    ·         Digunakan untuk membersihkan kekotorandegil pada permukaan toilet bowl.
    R2
    (FLOOR AND WALLNCLEANER)
    ·         Digunakan sebagai multipurpose, namuntidak boleh digunakan untuk cermin.
    R3
    (GLASS CLEANER)
    ·         Digunakan untuk membersihkan permukaan kaca dan cermin.
    R5
    (AIR FRESHENER)
    ·         Dingunakan sebagai pewangi.

    Bab 2 kemudahan bilik hotel

    KEMUDAHAN DALAM BILIK HOTEL

    ·     Setiap hotel pastinya telah menyediakan kemudahan yang selesa bagi para tetamu agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan kepada mereka, oleh itu segala kelengkapan dalam bilik hotel amat dititikberatkan.

    ·        Borneo Cove Hotel mempunyai pelbagai kemudahan kontemporari yang sesuai untuk semua pengunjung.     

    ·         Antara kemudahannya adalah :

    °         Luggage Rack >Tempat menyimpan bagasi.

    °         Almari pakaian >Tempat menyimpan kesemua baju-bajuyang dibawah

    °    Safety box> > Diberikan kepada tetamu untuk menyimpan barang berharga mereka.

    °   Television >Disediakan untuk keselesaan tetamu, agar tidak berasa bosan dalam bilik.

    °      Telefon > Bagi memudahkan tetamu untuk berhubung dengan Department lain.

    °        Air-cond >Agar tetamu berasa selesa dalam bilik dan tidak kepanasan.

    °    Smoke detector > Pengesan asap ini disediakan untuk mencegah kebakaran dari merebak lebih luas.

    °        Penunjuk kiblat > Dikhas kan untuk mereka yang beragama islam.

    °        Mini fridge >Tempat untuk menyimpan makanan .

    ° Kittle> untuk memudahkan tetamu membuat air panasjika mereka menginginkannya.

    °        Selipar > Untuk tetamu gunakan di dalam bilik.

    °        Tong sampah > memudahkan tetamu membuang sampah.