Hubungan antara Department housekeeping dengan Department front office, adalah sangat penting dimana Department front office akan memaklumkan sebarang maklumat baru mengenai status bilik hotel seperti check in dan check out.
Front office akan menyediakan night audit report tentang senarai tetamu yang akan datang untuk menginap pada keesokan harinya dan akan memberikan maklumat kepada jabatan housekeeping bagi memudahkan mereka membuat persediaan bilik dan juga menerima sekiranya terdapat permintaan daripada tetamu yang datang menginap.
Sekiranya terdapat barangan tetamu yang tertinggal, tetamu tersebut akan menghubungi pihak front office untuk membuat pertannyaan mengenai barangan tersebut. Selepas itu, pihak housekeeping sekirannya ada menjumpai barangan tetamu yang tertinggal semasa proses pembersihan bilik.
Maintenance
Hubungan antara jabatan housekeeping dengan jabatan maintenance juga sangat penting kerana jika berlaku kerosakan terhadap bilik hotel pihak jabatan maintenance akan bertanggungjawab untuk membuat pembaikan terhadap bilik tersebut.
Sebelum pihak jabatan maintenance membuat pembaikan terhadap masalah kerosakan, pihak jabatan maintenance akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengenai kerosakan tersebut dan memaklumkan kepada pihak jabatan housekeeping berapa jangka lama untuk dibaiki.
No comments:
Post a Comment