Tuesday 30 May 2017

Bab 2 Klasifikasi alatan pembersihan

KLASIFIKASI PERALATAN PEMBERSIHAN
  • Peralatan-peralatan pembersihan merupakan peralatan yang amat diperlukan dalam aktiviti harian housekeeping, peralatan ini memudahkan room attandent melakukan pekerjaan dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan suatu pekerjaan berbanding dengan hanya menggunakan tangan kosong.
  • Sebelum melakukan suatu pekerjaan, room attandent mahupun public area attandent akan menyediakan peralatan pembersihan sebelum melakukan pekerjaan dan mereka juga hendaklah memastikan peralatanyang mereka gunakan itu dalam keadaan yang baik bagi mengelakkan sebarang kemalangan pada masa akan datang.
  • Para chambermaid hendaklah mengambil tahu mengenai cara yang sebetulnya untukmenggunakan suatu peralatan pembersihan kerana ini juga merupakan salah satu langkah keselamatan yang boleh mengelakkan sebarang malapetaka.
  • Peralatan-peralatan yang sering digunakan di hotel ini adalah :

·         Penyapu
Ø  Untuk memudahkan para attandent mengumpul segala debu dan sampah di suatu tempat.

·         Jonny mop
Ø  Sering digunakan selepas selesai menyapu dan digunakan untuk membersihkan kesan-kesan tumpahan.

·         Penyodok sampah
Ø  Digunakan untuk memudahkan kerja staff housekeeping, mereka tidak perlu menyentuh secara langsung sampah tersebut namun mereka boleh menggunakan peralatan ini dan sampah tersebut dapat dibuang kedalam tong sampah.

·         Berus tandas
Ø  Alat pembersih ini digunakan untuk membersihkan lubang tandas.

·         Window squeegee
Ø  Alat ini digunakan untuk membersihkan permukaan-permukaan kaca sepertinya pintu kaca ataupun glass wall.

·         Plastik sampah
Ø  Digunakan sebagai tempat mengumpul sampah.

No comments:

Post a Comment