Tuesday 30 May 2017

Bab 3 Penyediaan troli/bilik

PENYEDIAAN BILIK

Penyediaan troli

-Sebelum memulakan apa-apa aktiviti pembersihan mereka akan menyediakan troliterlebih dahulu, troli ini disediakan untuk kemudahan department housekeeping bagi memudahkan room attandent atau public area attandent membawa kesemua peralatan pembersihan yang akan digunakan.

-Sebelum menggunakan troli tersebut hendaklah dipastikan troli tersebut berada dalam keadaan yang baik , dalam keadaan yang baik disini bermaksud  adalah troli tersebut tiada sebarang kerosakan seperti kehilangan satu tayar, tempat penyangkut penyapu patah dan selainnya.

-Terdapat tiga jenis troli yang sering digunakan dalam operasi harian oleh room attandent dan public area attandent , antaranya adalah public area trolley, chambermaid trolley, dan carts.

-Public area trolley bukan sahaja digunakan oleh public area malahan digunakan juga oleh room attandent untuk mengangkut peraltan pembersihan mereka. Troli ini hendaklah disediakan lebih banyak berbanding troli lain. Selain itu, troli ini mampu membawa penyapu, mop, blade, pengetip sampah, carry caddy dan selainnya.

-Chambermaid trolley pula sering kali digunakan oleh room attandent untuk mengangkut line-linen bersih. Chambermaid mempunya beberapan bahagian, pada bahagian atas linen yang diletakkan hendaklah linen yang ringan seperti tuala dan bath mat. Pada bahagian bawah sekali pula disarankan meletak linen yang berat seperti bedsheet dan pillow case.
Carts pula sering digunakan untuk mengangkut line-linen kotor dari bilik untuk dihantarkan ke laundry.

-Perkara diatas adalah peralatan yang harus disediakan sebelum bergerak ke bilik.



     PUBLIC AREA TROLLEY
    CHAMBERMAID TROLLEY


    CART

    No comments:

    Post a Comment