Tuesday 30 May 2017

Bab 1 Pengenalan hotel

LATAR BELAKANG HOTEL

Borneo Cove Hotel  telah dibangunkan pada tahun 2009, mula beroperasi pada 01 oktober 2012 dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2013. Hotel ini sepenuhnya dimiliki oleh Dato Nasir Yeo iaitu seorang usahawan yang Berjaya. Datok Nasir Yeo pada awalnya ingin mewujudkan satu International College Institution, namun setelah mempertimbangkan, beliau telah mewujudkan sebuah hotel beserta Institute yang dikhaskan untuk pelajar yang mengambil bidang Perhotelan.

Hotel ini bertapak di Jalan Buli Sim-Sim, berhampiran dendan pusat Bandar Sandakan dan hanya mengambil masa selama 15 minit dengan menggunakan pengangkutan darat untuk ke Bandar. Hotel yang berkonsepkan ala resort dan eco-friendly ini  memiliki keluasan 24 hectar, berhadapan dengan laut dan dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan. Hotel ini diberi nama Borneo Cove sempena tempat hotel ini dibina, iaitu di Borneo dan berada di bahagian Teluk pantai.


No comments:

Post a Comment