° Sebagai seorang Room Attandent yang ditugaskan untuk membuat pembersihan bilik perlulah memahami dan mengikuti prosedur yang telah ditetap kan oleh pihak hotel untuk mengelakkan sebarang aduan daripada tetamu mengenai bilik tersebut.
° Sebelum pembersihan bilik dilakukan perkara pertama yang akan dilakukan adalah “bed making”, di bawah adalah antara langkah-langkah “bed making” :
- Queen size bed memerluka tiga lapisan bedsheet yang bersaiz besar.
- Sebelum menggunakan linen, hendak lah dipastikan bahawa linen tersebut berada dalam keadaan yang bersih. Hal ini kerana, kita tidak ingin tetamu yang menginapke hotel berasa tidak puas hati dengan tahap kebersihan bed.
- Bed sheet pertama dibentangkan ke atas tilam dengan keadaan yang betul, bed sheet tersebut hendaklah melimpasi bibir katil agar dapat dimasukkan ke bawah tilam dan atas katil.
- Seterusnya, buat lipatan envelop pada tepi katil dalam keadaan yang kemas. Lapisan bedsheet pertama merupakan lapisan yang dapatdilihat oleh tetamu oleh itu hendaklah dikemaskan dengan sebaik mungkin.
- Lapisan bedsheet kedua dibentang kan di atas lapisan bedsheet pertama dan ditarik hingga separas dengan bibir tilam. Lapisan kedua ini tidak memerluka lipatan envelop seperti lipatan pertama.
- Lapisan bedsheet ketiga diletak kan di atas blanket, sama seperti bedsheet sebelumnya bedsheet ini hendaklah dirata kan.
- Bed sheet hendaklah berada sejengkal dari bibir katil seperti keadaan blanket. Oleh itu bed sheet hendaklah disama rata kan dengan blanket.
- Pastikan bedsheet melimpasi tilam agar memudahkan room attandent mengetatkan bedsheet.
- Queen size bed menggunakan blanket bersaiz L, blanket hendak lah sejengkal daripada bibir katil dan berada di atas lapisan bedsheet kedua.
- Lipat bedsheet kedua, blanket dan bedsheet ketiga bersama-sama dengan dua kali lipatan. Pastikan lipatan tersebut berada dua jengkal dari bibir katil.
- kemas kan lipatan tersebut lalu,pada bahagian tepi hendaklah dimasukkan ke bawah tilam. Pastikan lipatan tersebut dimasukkan berada dalam keadaan yang ketat, untuk mendapatkan bed yang kencang bermula dari bahagian ini.
- Setelah itu, bedsheet berlebihan pada hujung katil akan dimasukkan ke bawah tilam.
- Teknik yang terdapat dalam gambar merupakan teknik yang digunakan untuk mengetatkan linen, Ketika memasukkan linen-linen tersebut pastikan skirting katil tersebut tidak terikut sekali.
Pembersihan bilik
- Setelah selesai mengemas katil operasi pembersihan bilik akan bermula.
- Membersihkan bilik hendaklah mengikut arah jam ataupun melawan arah jam, kaedah ini hendaklah diamalkan untuk mengelakkan room attandent terlepas pandang pada beberapa bahagian.
- Sebelum memulakan pembersihan room attandent hendaklah memakai Mask dan hand glove bagi mematuhi syarat-syarat pembersihan bilik dan untuk mengelakkan dari terdedah dengan sebarang penyakit.
- Dengan menggunakan kain lap lembap room attandent hendaklah membersihkan setiap perabot dan hiasan yang terdapat dalam bilik tersebut.
- Menggantikan plastik tong sampah dengan plastic yang baru, ikat sedikit pada tepi plastic sampah agar plastic tersebut ketat.
- Seterusnya, menyapu keseluruhan lantai bilik dari hujung ke hujung dan menyapu setiap sudut yang ada.
- Tidak juga dilupakan pada bahagian bawah perabot, meja dan bawah katil kerana pada bahagian tersebut merupakan bahagian yang tidak terlihat sekaligus dapat memastikan tiada barang tetamu yang tertinggal.
- Setelah memastika kesemua kelengkapan telah berada ditempatnya aktiviti memop akan dilakukan.
- Memop keseluruhan lantai bermula daripada hujung bilik hingga ke hujung pintu, setelah itu spray R5 pada ruang udara sebagai pewangi.
No comments:
Post a Comment