Tuesday 30 May 2017

Bab 2 Pengenalan kepada jabatan housekeeping

PENGENALAN KEPADA JABATAN HOUSEKEEPING

Housekeeping merupakan suatu Department yang bertanggungjawab dalam memastikan standard kebersihan hotel berada pada tahap yang tinggi. Department ini akan memastikan tetamu yang datang menginap akan berpuas hati dengan tahap kebersihan yang hotel kita berikan.

Namun Housekeeping bukan sahaja membersihkan bilik-bilik hotel, mereka juga hendaklah membersihkan kawasan awam yang terdapat didalam hotel seperti surau, restoran, swimming pool, dan selainnya. Walaupun pihak housekeeping bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan hotel tetapi mereka tidak akan membersihkan kawasan dapur hal ini kerana kawasan dapur akan dibersihkan oleh pekerja di sana iaitu stewart.

Pihak Housekeeping juga bertanggungjawab dalam menjaga peralatan pekerjaan mereka kerana peralatan pembersihan antara yang amat penting bagi operasi pengemasan. Dengan adanya peralatan pembersihan tugas chambermaid akan menjadi lebih senang.

Housekeeping mempunyai seorang Eksekutif Housekeeper yang sangat berkebolehan, beliau banyak memberikan tunjuk ajar dengan rakan sekerjanya dalam bidang ini. Beliau telah banyak membimbing mereka untuk menjadi seorang housekeeping yang berkebolehan.




No comments:

Post a Comment